ULASAN : Xiaomi Mi 9T vs Mi 9T Pro – perbezaan dan mana satu yang patut anda beli
ULASAN : Xiaomi Mi 9T vs Mi 9T Pro – perbezaan dan mana satu yang patut anda beli
Xiaomi Mi 9T Pro merupakan model terbaru didalam siri flagship Xiaomi yang baru memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,599 sahaja.
Bukanlah sesuatu rahsia apabila kami perkatakan bahawa Mi 9T Pro adalah telefon pintar yang berasaskan Redmi K20 Pro manakala Mi 9T yang turut ditawarkan di Malaysia pula adalah yang berasaskan Redmi K20.
ULASAN: Mi 9T – telefon pintar bajet dengan teknologi kamera flagship
Perbezaan antara kedua-dua model telefon pintar ini adalah tidak begitu ketara kecuali dari segi pemproses dalaman, teknologi penyejukan cecair, sokongan pengecasan pantas yang lebih tinggi dan kapasiti RAM.
Disebabkan kami telah melakukan ulasan penuh Xiaomi Mi 9T, kami telah memgambil keputusan adalah lebih baik untuk kami mengulas apakah perbezaan antara Xiaomi Mi 9T dan Mi 9T Pro serta adakah ianya berbaloi untuk mengeluarkan tambahan RM 400 untuk memiliki Mi 9T Pro.
Snapdragon 730 vs Snapdragon 855
Perbezaan pertama yang kami ingin perkatakan adalah dari cip pemprosesan yang digunakan.
Xiaomi Mi 9T dan Xiaomi Mi 9T Pro hadir dengan pemproses yang dikeluarkan oleh Qualcomm namun Mi 9T hadir pemproses kelas pertengahan Snapdragon 730 manakala Mi 9T Pro pula hadir dengan pemproses flaghsip Snapdragon 855.
Snapdragon 855 yang disertakan pada Mi 9T Pro semestinya adalah pemproses yang lebih baik dan ianya juga hadir dengan unit pemprosesan grafik yang lebih baik iaitu Adreno 640 berbanding Adreno 618 yang digunakan pada Mi 9T.
kapasiti RAM yang digunakan pada Mi 9T adalah 6GB manakala Mi 9T Pro memiliki 6GB RAM dengan storan dalaman yang ditawarkan adalah 64GB dan 128GB.
Kapasiti RAM yang lebih pada Mi 9T Pro sudah pasti membantu didalam aspek ‘multitasking’ dan pembukaan lebih banyak aplikasi di ‘latar belakang’ juga tidak begitu memberikan kesan kepada prestasi keseluruhan telefon pintar ini.
Teknologi penyejukan grafit 8-lapis
Salah satu perbezaan paling drastik antara Mi 9T dan Mi 9T Pro adalah penawaran teknologi penyejukan grafit pada Mi 9T Pro.
Teknologi penyejukan grafit 8 lapis ini membolehkan Xioami Mi 9T Pro kekal sejuk dan beroperasi pada suhu yang optimum sepanjang masa.
Hasil percubaan sesi gaming yang kami lakukan bersama Mi 9T Pro, pengeluaran haba pada Mi 9T Pro masih ada namun ianya hilang dengan cepat hasil pengunaan teknologi penyejukan ini.
Di atas kertas, teknologi ini menjanjikan penyejukan peranti yang 650% lebih efektif berbanding pengunaan satu lapisan grafit dan ini membolehkan suhu CPU pada Mi 9T Pro adalah 8°C lebih sejuk berbanding teknologi penyejukan lain.
Pengecasan pantas 18W vs 27W
Xiaomi Mi 9T dan Xiaomi Mi 9T Pro hadir dengan kapasiti bateri yang sama iaitu 4,000mAh namun perbezaan antara kedua-dua model ini adalah Mi 9T menyokong pengecasan pantas 18W manakala Mi 9T Pro pula hadir dengan sokongan pengecasan pantas 27W.
Ianya adalah pengecasan pantas QC4+ yang membolehkan anda mengecas peranti ke tahap 58% didalam masa 30 minit sahaja.
Walaupun hadir dengan teknologi pengecasan yang lebih pantas, sedikit mengecewakan kami adalah Mi 9T Pro juga hadir dengan palam pengecas 18W didalam kotak pembelian yang sama seperti Mi 9T.
Ini bermaksud jika anda mahu menggunakan pengecasan 27W pada Mi 9T Pro, anda harus membeli palam pengecas berasingan yang menyokong output 27W ini.
Pemfokusan Laser
Walaupun memiliki sensor kamera yang sama, Mi 9T Pro nampaknya disertakan dengan teknologi pemfokusan laser yang membolehkan kamera Mi 9T Pro memfokus kepada objek dengan lebih pantas.
GPS yang lebih baik
Xiaomi Mi 9T Pro juga disertakan dengan teknologi GPS yang lebih baik iaitu GPS dwi-saluran iaitu L1 dan L5 dan ini memberikan Mi 9T Pro kebolehan untuk menawarkan lokasi semasa anda dengan lebih pantas dan tepat. Pengunaan GPS yang lebih baik ini juga memberikan kelebihan ketika anda berada didalam kawasan yang tertutup seperti dalam bangunan.
Yang mana patut anda pilih?
Secara jujurnya, Xiaomi Mi 9T Pro patut menjadi model pilihan anda kerana dengan tambahan RM 400, anda akan menerima pemproses kelas flagship Snapdragon 855, teknologi penyejukan grafit, kapasiti RAM yang lebih besar dan sokongan pengecasan pantas 27W ( walupun anda harus membeli palam pengecas berasingan).