Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesfikasi kamera Vivo V17 Pro disahkan secara rasmi

Vivo V17 Pro Malaysia

Vivo V17 Pro telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 1 October ini dan kini terdapat laporan rasmi mengenai kamera telefon pintar ini.

Vivo V17 Pro nampaknya akan hadir dengan tetapan 4 kamera dibelakang iaitu dengan sensor utama 48MP f/1.8, sensor kanta lebar 120 darjah 8MP f/2.2, sensor bokeh 2MP dan sensor super makro 2MP.

Lebih menarik, Vivo V17 Pro juga telah mengesahkan penawaran kamera selfie pop-up namun kali ini terdapat dua sensor kamera yang ditawarkan iaitu satu sensor utama 32MP dan satu sensor kedalaman 2MP.

Dengan penawaran 6 kamera, Vivo V17 Pro dijangka akan mendapat perhatian serius apabila telefon pintar ini dilancarkan di pasaran Malaysia dalam masa 11 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.