Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo umumkan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0, VOOC 4.0 dan pengecasan tanpa wayar VOOC 30W

Oppo SuperVOOC 2.0 65W

Oppo umumkan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0, VOOC 4.0 dan pengecasan tanpa wayar VOOC 30W

Oppo secara rasminya telah mengumumkan tiga teknologi pengecasan terbaru yang meletakkanya sebagai pendahulu didalam teknologi pengecasan pantas bagi telefon pintar.

Paling mencuri tumpuan adalah pengecasan Oppo 65W SuperVOOC 2.0 yang menawarkan kepantasan pengecasan yang pantas dan selamat.

Oppo 65W SuperVOOC 2.0 mampu mencapai tahap 100% didalam masa 30 minit sahaja manakala pengecasan 5 minit mampu memberikan anda 27% pengecasan.

Oppo 30W Wireless Flash Charge

Selain itu, Oppo juga telah meletakkannya sebagai pendahulu didalam teknologi pengecasan pantas tanpa wayar dengan pelancaran 30W Wireless VOOC Flash Charge yang hampir atau lebih pantas dengan teknologi pengecasan berwayar yang ditawarkan syarikat lain di pasaran.

Pengecasan pantas 30W Wireless VOOC Flash Charge mampu mengecas penuh bateri berkapasiti 4,000mAh didalam masa 80 minit sahaja.

Oppo VOOC 4.0

Satu lagi pengecasan pantas yang diumumkan Oppo adalah pengecasan 30W VOOC 4.0 yang akan diguna pakai pada kebanyakkan telefon pintar Oppo.

Ianya menawarkan kadar pengecasan penuh didalam masa 73 minit dengan pengecasan ke tahap 63% didalam masa 30 minit sahaja.

Oppo Reno ACE

Teknologi pengecasan Oppo VOOC 4.0 juga telah disahkan akan ditawarkan pada Oppo K5 manakala pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 akan disertakan pada Oppo Reno ACE yang dijangka akan dilancarkan pada 10 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.