Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN: Mi 9T – telefon pintar bajet dengan teknologi kamera flagship

Xioami Mi 9T Malaysia Pengenalan

Pasaran telefon pintar pada tahun 2019 diramalkan akan berada didalam keadaan yang tidak menentu dimana tidak banyak pertumbuhan dapat disaksikan.

Xiaomi merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran produk hampir pada harga kos dan walaupun didalam persekitaran pasaran yang mencabar, Xiaomi masih berazam mengekalkan moto ini.

Tahun 2019 menyaksikan siri telefon pintar flagship Xiaomi kini telah berkembang yang mana sehingga kini sebanyak tiga model telah dilancarkan dan setiap model yang dilancarkan oleh Xiaomi ini adalah lebih murah dari model yang sebelumnya.

Walaubagaimanapun harus juga kami ingatkan bahawa strategi produk Xiaomi adalah berbeza mengikut pasaran dan bagi kita di Malaysia, Xiaomi telah melancarkan Mi 9T yang merupakan Redmi K20 bagi pasaran China.

Xiaomi Mi 9T hadir ke pasaran Malaysia selepas pelancaran Mi 9 dan Mi 9 SE dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 1,099 sahaja.

Dengan slogan “Terminate The Rival”, kami telah diberikan peluang untuk menguji telefon pintar terbaru Xiaomi ini dan adakah ianya kena dengan gelaran yang diberi.

Xioami Mi 9T Malaysia

Reka Bentuk

Xiaomi Mi 9T hadir dengan reka bentuk panel hadapan gelas sepenuhnya yang mana tiada sebarang takukan pada skrin mahupun butang fizikal dibawah.

Ini adalah trend pada tahun 2019 dan penawaran reka bentuk seperti ini pada telefon pintar mampu milik seperti Mi 9T adalah sesuatu yang harus dipuji.

Xioami Mi 9T Malaysia

Pengunaan kamera selfie pop-up dan sensor capjari terbina pada skrin telah memberikan Xiaomi kebolehan untuk memaksimakan ruang skrin yang mana peratusan skrin kepada rangka adalah 91.9%.

Skrin Xiaomi Mi 9T ini bukanlah ‘edge-to-edge’ dan masih terdapat bezel minima sekeliling skrin.

Xioami Mi 9T Malaysia

Pada bahagian belakang, Xiaomi Mi 9T hadir dengan reka bentuk panel belakang yang melengkung sangat menarik dan unik dipasaran.

Hal ini adalah benar bagi Mi 9T didalam warna biru dan merah namun bagi unit reviu Mi 9T yang kami terima, ianya adalah didalam warna hitam dengan kemasan seperti kevlar.

Kemasan warna biru dan hitam adalah seperti api yang memberikan keunikan bagi Xiaomi Mi 9T ini.

Mi 9T hadir dengan tetapan tiga kamera yang menegak pada bahagian tengah dengan sensor utama 48MP memiliki gelung berwarna merah.

Pada bahagian atas rangka, Mi 9T masih mengekalkan pengunaan bicu audio 3.5mm disamping modul kamera selfie pop-up yang mempunyai mekanisma pencegah kerosakan dimana apabila telefon pintar ini mengesan jatuhan, modul selfie ini akan masuk semula kedalam rangka.

Xioami Mi 9T Malaysia

Tray SIM pada Mi 9T kini mengambil tempat dibahagian bawah iaitu bersebelahan slot USB-C dan gril pembesar suara.

Xioami Mi 9T Malaysia

Skrin Paparan

Tidak seperti Mi 9, Xiaomi Mi 9T hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dan ini telah membolehkan Mi 9T hadir dengan permukaan hadapan yang berasaskan skrin sepenuhnya.

Mi 9T hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.39-inci dengan resolusi 2340 x 1080 dengan kepadatan piksel 403ppi.

Secara keseluruhan kami amat berpuas hati dengan panel AMOLED yang disertakan pada Mi 9T dan pujian harus disampaikan kepada Xiaomi kerana mampu memberikan panel skrin yang bagus walaupun bagi peranti mampu milik seperti ini.

Inovasi Xiaomi tidak berhenti setakat itu, Mi 9T juga sokongan paparan HDR dan terdapat lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 5.

Xioami Mi 9T Malaysia

Seperti Mi 9, Mi 9T juga hadir dengan teknologi sensor capjari yang terbina pada skrin dan prestasi sensor ini adalah memuaskan namun ianya masih belum mampu untuk menyaingi kelajuan yang ditawarkan sensor capjari fizikal.

Xiaomi Mi 9T juga memiliki nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 91.9%.

Snapdragon 730

Pemproses

Jika Xiaomi Mi 9 menggunakan pemproses flagship Snapdragon 855, Mi 9T pula disertakan dengan pemproses ‘mid-range’ terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 730.

Snapdragon 730 merupakan pengganti kepada pemproses Snapdragon 710 dan Mi 9T menjadi antara telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan pemproses ini.

Pemproses ini hadir dengan teknologi proses 8nm yang hadir prestasi yang lebih baik dengan penjimatan bateri sehingga 10%.

Pengunaan harian Mi 9T membuktikan bahawa Snapdragon 730 adalah pemproses yang berkemampuan untuk kegunaan purata harian yang termasuk tontonan video, sesi permainan video, media sosial dan banyak lagi.

Mi 9T GameTurbo 2.0

Xiaomi Mi 9T juga hadir dengan mod gaming GAME Turbo 2.0 yang menawarkan prestasi maksimum yang boleh di ‘perah’ dari Snapdragon 730 ini.

Sedikit kekurangan yang boleh diperkatakan adalah Mi 9T mempunyai kecenderungan untuk menjadi panas apabila anda berada didalam sesi gaming yang panjang.

Melengkapi bahagian pemproses ini adalah dimana Mi 9T hadir dengan 6GB RAM, 64GB/128GB memori simpanan dalaman dan antaramuka MIUI 10.3 yang berasaskan Android Pie.

Xioami Mi 9T Malaysia

Kamera

Xiaomi Mi 9T adalah satu lagi telefon pintar dipasaran untuk hadir dengan pengunaan sensor utama 48MP yang menjadi ikutan hampir semua pengeluar telefon pintar utama dipasaran.

Xiaomi Mi 9T hadir dengan tetapan tiga kamera dimana sensor utama adalah 48MP Sony IMX582 dengan aperture f/1.8, sensor pengzooman optik 2x 8MP dengan aperture f/2.4 dan sensor ultra lebar 13MP juga dengan aperture f/2.4.

Mi 9T Pro

Xiaomi berjaya menala sensor utama kamera Mi 9T ini bagi pengambilan gambar yang mempunyai semua adunan untuk digelar sebagai satu gambar yang sempurna.

Sensor lensa lebar sudah pastinya berguna untuk mengambil gambar landskap yang lebih luas khususnya seperti bangunan.

Mi 9T Pro IGB Internation School

Aplikasi kamera Mi 9T juga sangat mudah digunakan dimana terdapat pengesan adengan AI, mod malam, mod 48MP dan banyak lagi.

Bercakap mengenai kebolehan merakam video, Mi 9T sokongan video gerak perlahan 960fps dengan smart audio pairing pada resolusi 720p atau 1080p dan rakaman video 4K.

Xioami Mi 9T Malaysia

Kamera selfie Mi 9T adalah sensor 20MP dengan mekanisma pop-up. Kamera juga hadir dengan pelbagai fungsi AI yang memberikan anda lebih banyak fungsi dan tetapan yang menjadikan selfie   lebih baik.

Rangka pop-up ini juga memiliki lampu yang menyala ketika anda mengaktifkan pengunaan kamera ini sama ada untuk mengambil selfie atau sebagai ciri keselamatan pengecaman wajah

Xioami Mi 9T

Pengunaan sensor 48MP Sony IMX 586 meletakkan Mi 9T sebagai antara telefon pintar mampu milik yang menawarkan teknologi kamera setaraf flagship dan ini juga telah menyebabkan status Mi 9 SE sedikit tergugat.

Xioami Mi 9T Malaysia

Bateri

Xiaomi Mi 9T hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memiliki pengecasan pantas 18W (Type-C) dan ianya disertakan didalam kotak.

Pretasi Mi 9T adalah salah satu titik kelebihan telefon pintar ini dan ianya mampu memberikan anda pengunaan agresif sehingga 8-10jam.

Sokongan pengecasan pantas yang disertakan memboleh Mi 9T ini mencapai tahap 45% pengecasan didalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 1 jam 40 minit (juga bergantung kepada keadaan pengecasan).

Xioami Mi 9T Malaysia

Penutup

Secara jujurnya Mi 9T merupakan antara telefon pintar yang patut anda pertimbangkan sekiranya anda sedang mencari satu telefon pintar bajet dengan kamera kelas flagship.

Pada harga RM 1,199 , Xiaomi Mi 9T adalah sekitar RM 90 lebih murah dari Mi 9 SE namun dengan pakej yang lebih baik.

Dengan reka bentuk panel belakang yang unik, Mi 9T yang merupakan model antarabangsa bagi Redmi K20 dan penjualan siri ini telah terbukti sangat baik dengan penjualan kini melebihi 1 juta unit.

Xiaomi Mi 9T kini boleh dibeli melalui Lazada, Shopee dan di semua stor fizikal Mi Malaysia 

Gambar yang diambil dari Xiaomi Mi 9T Pro :

Mi 9T Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.