Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra PanaCast – produk sidang video 4K kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,599

Jabra PanaCast 4K Malaysia

Jabra secara rasminya telah melancarkan produk sidang video pintar pertama di dunia yang berkonsepkan Pasang dan Main dengan keupayaan paparan panorama 4K, Jabra PanaCast.

Produk ini direka khas untuk menyelesaikan pelbagai kekangan yang dihadapi menerusi penggunaan peranti sidang video tradisional.

Antaranya termasuk kegagalan memaparkan kesemua peserta mesyuarat, sekali gus mensia-siakan sehingga 40 peratus ruang dan kakitangan yang terlibat.

Jabra PanaCast 4K Malaysia

Berbanding peranti tradisional, paparan menyeluruh 180 darjah menerusi sistem penglihatan pintar Jabra PanaCast ini memastikan semua peserta dalam bilik mesyuarat adalah jelas.

Paparan semua peserta adalah sama rata bagi mewujudkan sesi perbincangan dan kerjasama yang terbaik biarpun berjauhan.

Dilengkapi tiga kamera 13 megapiksel yang berfungsi sebagai satu, kamera Jabra PanaCast ini diperkasakan oleh teknologi utama yang tersemat dalam Vision Processor bersepadu.

Jabra PanaCast 4K Malaysia

Gandingan mantap semua elemen ini bersama mikrofon tercanggih Jabra, teknologi cantuman generasi keempat dan perisian Intelligent Vision ini menjanjikan pengalaman prestasi terunggul.

Selain itu, masalah gangguan skalar yang sering dihadapi oleh kebanyakan peranti sidang video tradisional sehingga mengecilkan lagi saiz subjek yang berada jauh dari kamera ketika persidangan video berlangsung juga boleh diatasi.

Jabra PanaCast 4K Malaysia

Menerusi Jabra PanaCast, paparan setiap peserta mesyuarat sidang video juga lebih sama rata dan jelas.

Jabra PanaCast 4K kini sudah memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 4,599.

Berikut adalah harga bagi aksesori Jabra PanaCast :

Kaki Meja Jabra PanaCast – RM 269
Pelekap Dinding Jabra PanaCast – RM189
Kabel USB Jabra PanaCast – RM89

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.