Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom lancarkan pelan XP Lite – panggilan percuma tanpa had dan internet 1GB pada harga RM 28 sebulan

XPax XP Lite

Celcom lancarkan pelan XP Lite – panggilan percuma tanpa had dan internet 1GB pada harga RM 28 sebulan

Celcom secara rasminya telah melancarkan pelan pascabayar terbaru yang dikenali sebagai XP Lite dengan langganan bulan serendah RM 28 sahaja.

Pelanggan yang melanggan pelan XP Lite ini akan menikmati panggilan percuma tanpa had dan 1GB Internet sebulan.

XPax Xp Lite

Walaubagaimanapun jika itu tidak mencukupi, pelanggan juga boleh memilih untuk ‘SIZE UP’ ke pakej (L Pass) yang menawarkan tambahan 14GB internet pada harga RM 30 atau ke pakej (M Pass) yang menawarkan 7GB internet.

Selain itu, Pelanggan juga boleh menikmati Internet tanpa had dengan Ultra Hour Pass dari RM1 bersama-sama dengan pas L atau pas M melalui aplikasi Celcom Life.

Celcom lancarkan pelan XP Lite - panggilan percuma tanpa had dan internet 1GB pada harga RM 28 sebulan 3

Pelanggan yang kekal atau ‘STAY ON’ bersama dengan XP Lite melebihi tempoh enam bulan secara berterusan, akan menerima ganjaran PERCUMA 1-jam Ultra Hour Pass Internet tanpa had bagi pelanggan pas L, manakala pelanggan pas M akan menerima 1GB Video Walla setiap bulan mulai bulan ke-7 dan sererusnya.

Selain itu, khas bagi pelanggan XP Lite yang melanggan Pas L, mereka berpeluang memiliki OPPO A1K secara PERCUMA atau telefon pintar pilihan lain seperti nubia Red Magic 3, Vivo Y17, VivoY19C dan OPPO A5 dengan harga serendah RM99 sahaja.

Pelan XP Lite ini boleh dilanggan mulai esok 19 September 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.