Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme dinobatkan telefon pintar paling laris pada penjualan 9.9 Lazada

Lazada 9.9 Sale

Realme dinobatkan telefon pintar paling laris pada penjualan 9.9 Lazada

Penjualan hebat Lazada 9.9 yang baru sahaja berakhir beberapa hari lalu telah sekali lagi membuktikan bahawa telefon pintar Realme adalah antara yang terlaris di pasaran.

Realme telah disahkan sebagai jenama telefon pintar No.1 pada penjualan 9.9 Lazada yang mana pada hari penjualan ini, telefon pintar flaghsip Realme iaitu Realme 3 Pro telah ditawarkan pada harga RM 699 sahaja (4/64GB).

Dengan penawaran pada harga eksklusif ini, Realme telah memberikan pengguna memiliki telefon pintar dengan teknologi yang terkini pada harga yang lebih murah.

Selain Realme 3 Pro, Realme juga telah menawarkan raja telefon pintar entry-level iaitu Realme C2 pada harga RM 299 sahaja iaitu bagi versi 2/16GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.