Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile akan membuka pra-tempahan semua model iPhone 11 pada 20 September

Apple iPhone 11 Pro Max Malaysia UMobile

Selepas Digi, kini tiba giliran UMobile pula untuk mengesahkan bahawa trio model Apple iPhone yang dilancarkan semalam akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 20 September ini.

UMobile dijangka akan menawarkan pelan pascabayar yang kompetitif bagi iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Selain itu, UMobile juga dijangka akan menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah bagi pembelian iPhone generasi baru ini.

Pra-tempahan Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan dibuka tepat pada jam 12.01 pagi 20 September ini dan ianya boleh dilakukan di laman sesawang rasmi UMobile di http://www.u.com.my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.