Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 5T akan mula dijual di Malaysia pada 7 September ini

Huawei Nova 5T Sale Malaysia

Huawei Nova 5T akan mula dijual di Malaysia pada 7 September ini

Huawei Nova 5T , telefon pintar terbaru daripada Huawei akan mula secara rasmi di Malaysia mulai 7 September pada harga RM 1,599

Huawei Nova 5T yang dilancarkan di Malaysia beberapa minggu lalu telah dibuka untuk tempahan sehingga 5 September.

Huawei Nova 5T Malaysia

Nova 5T merupakan model terbaru didalam telefon pintar Nova yang kebiasaanya hadir dengan reka bentuk dan spesfikasi yang menarik namun pada harga yang kompetitif.

Huawei Nova 5T ini  hadir dengan skrin paparan hole punch berukuran 6.26-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.76%.

Huawei Nova 5T juga memiliki pemproses Kirin 980 dengan teknologi dwi-NPU, 8GB RAM, 128GB memori dalaman dan GPU Turbo 3.0 yang menyokong hampir 25 permainan video terkemuka.

Huawei Nova 5T  juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian sisi, EMUI 9.1 berasaskan Android Pie dan teknologi audio Huawei Histen 6.0.

Huawei Nova 5T Malaysia

Nova 5T juga disertakan dengan tetapan ‘quad’ kamera Sony IMX586 48MP f/1.8, sensor lensa lebar 16MP f/2.2, sensor kedalaman 2MP f/2.4 dan sensor macro 2MP f/2.4 selain kamera selfie 32MP.

Nova 5T juga turut memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh dan ianya turut memiliki teknologi pengecasan 22.5W Honor SuperCharge.

Beli Huawei Nova 5T di : www.mshop.huawei.com/my/

Setiap pembelian Huawei Nova 5T mulai 29 Ogos sehingga 31 September akan turut menerima lanjutan jaminan waranti selama setahun.

Huawei Nova 5T akan hadir didalam tiga pilihan warna gradiasi iaitu ungu ‘midsummer’, biru ‘crush’ dan hitam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.