Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 2 Pro kini ditawarkan pada harga dari RM 2,499 – eksklusif di Shopee

Black Shark 2 Pro kini ditawarkan pada harga dari RM 2,499 – eksklusif di Shopee

Black Shark secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru syarikat ini iaitu Black Shark 2 Pro ke pasaran Malaysia.

Black Shark 2 Pro adalah model Black Shark 2 yang ‘dikemaksini’ walaupun model ini hanya dilancarkan pada bulan Mac yang lalu.

Black shark 2 pro malaysia

Seperti diduga, Black Shark 2 Pro menjadi telefon pintar terbaru untuk menggunakan pemproses Snapdragon 855+ dan ianya turut menggunakan memori UFS 3.0 yang 82% lebih pantas berbanding UFS 2.1

Selain daripada itu, Black Shark 2 Pro juga hadir dengan sedikit perbezaan reka bentuk untuk lebih cengkaman dan terdapat tambahan dua lagi lampu RGB dibelakang.

Black shark 2 pro malaysia Black shark 2 pro malaysia

Pada bahagian skrin, Black Shark 2 Pro masih menggunakan skrin paparan yang sama seperti pada versi bukan Pro iaitu panel AMOLED berukuran 6.39-inci pada resolusi FHD+ namun Black Shark mendakwa kadar ‘latency’ sentuhan kini telah kurang dari 43.4ms kepada 34.7ms.

Ini membolehkan reaksi sentuhan ketika gaming adalah lebih pantas dan tidak lupa juga sensor capjari terbina pada skrin.

Black shark 2 pro malaysia

Bersama-sama pemproses Snapdragon 855+ ini, Black Shark 2 Pro juga disertakan dengan 8/12GB RAM dan dua pilihan memori dalaman iaitu 128 atau 256GB (UFS 3.0).

Black shark 2 pro malaysia

Selain itu, penyejukan cecair Black Shark 2 juga telah ditambah baik dimana ianya mempunyai satu plat cecair dan tiub untuk penyejukan yang lebih optimum.

Hasil kombinasi kuasa pemprosesan ini, Black Shark 2 Pro telah memperoleh 500,610 mata di AnTuTu yang menjadikanya sebagai telefon pintar dengan mata tertinggi pernah dicapai di platform ini.

Beralih kepada bahagian kamera, Black Shark 2 Pro hadir dengan tetapan dwi-kamera 48MP f/1.75 +12MP f/2.2 dibahagian belakang selain kamera selfie 20MP yang memiliki aperture f/2.0.

Kapasiti bateri Black Shark 2 Pro adalah 4,000mAh dan terdapat sokongan pengecasan pantas 27W.

Black Shark 2 Pro Malaysia Shopee

Black Shark 2 Pro dijangka akan ditawarkan ke pasaran  didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, perak, biru dan oren.

Black shark 2 Pro Shopee Offer

Black Shark 2 Pro akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee dan setiap pembelian akan turut menerima baucar diskaun RM 150 ( bagi pembelian Black Shark 2 Pro) dan satu unit powerbank edisi terhad (10,000mAh) secara percuma namun ianya terhad bagi 200 pembeli pertama sahaja.

Harga Black Shark 2 Pro Shopee

Harga penjualan Black Shark 2 Pro adalah seperti berikut :

Black Shark 2 Pro 8/128GB – RM 2,499

Black Shark 2 Pro 12/256GB – RM 2,999

Beli Black Shark 2 Pro di Shopee Sekarang

*Shopee akan turut mengadakan penjualan ‘Shocking Sale’ bagi Black Shark 2 Pro dengan harga penjualan yang lebih murah pada jam 6 petang ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.