Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro akan dilancarkan pada 19 September ini

Huawei mate 30 pro malaysia

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro akan dilancarkan pada 19 September ini

Minggu lalu kita telah menerima pengesahan bahawa pelancaran generasi terbaru iPhone akan berlangsung pada 10 September 2019.

Kini, Huawei telah mengesahkan bahawa telefon pintar kelas flagship siri Mate iaitu Mate30 akan dilancarkan secara rasmi pada 19 September 2019 di kota Munich, Jerman.

Seperti sebelum ini, Siri Mate30 mungkin menampilkan dua model telefon pintar iaitu Huawei Mate30 dan Huawei Mate30 Pro namun terdapat juga kemungkinan satu lagi model yang lebih premium.

Siri Huawei Mate30 dijangka akan hadir dengan tetapan quad-kamera, pemproses Kirin yang terbaru (Kirin 990), reka bentuk yang baru dan teknologi audio yang baru.

Segala persoalan anda bakal mengenai siri Huawei 30 akan terjawab didalam masa 19 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.