Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 2 dengan teknologi quad-kamera akan dilancarkan di Malaysia bulan ini

Oppo Reno 2 Malaysia

Oppo Reno 2 dengan teknologi quad-kamera akan dilancarkan di Malaysia bulan ini

Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan melancarkan telefon pintar baru ke pasaran Malaysia dan ianya akan hadir dengan teknologi quad-kamera dibelakang.

Oppo Malaysia telah menghantar satu imej teaser yang mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru Oppo ini akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini.

Berdasarkan perkembangan terbaru, Oppo dilihat bakal melancarkan telefon pintar siri Oppo Reno 2 yang baru sahaja diperkenalkan di pasaran India minggu lalu.

Bercakap mengenai tetapan kamera Oppo Reno 2, ianya akan hadir dengan tetapan sensor utama 48MP f/1.7 + sensor lensa lebar 8MP + sensor telefoto 13MP + sensor monokrom 2MP (kamera selfie adalah 16MP).

Selain itu, Oppo Reno 2 dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED  FHD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Snapdragon 730, 8GB RAM, 256GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0

Selain Oppo Reno 2, terdapat juga kemungkinan Oppo melancarkan Reno 2 Z dan Reno 2 F yang lebih murah di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.