Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 11 akan dilancarkan pada 10 September

Apple iPhone 11 Malaysia Launch

Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran generasi terbaru Apple iPhone akan berlangsung pada 10 September ( 11 September, 1 pagi waktu Malaysia) 2019 dan majlis pelancaran ini akan berlangsung di Steve Jobs Theater di Cupertino California.

Apple sudah mula menghantar jemputan rasmi ke majlis pelancaran ini dan ianya hampir pasti akan menyaksikan pelancaran Apple iPhone 11.

Sebanyak tiga model iPhone akan dilancarkan iaitu pengganti kepada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR dengan nama iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11R (kemungkinan).

Apple iPhone 11

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, iPhone 11  dan iPhone 11 Pro mungkin hadir menjadi telefon pintar pertama Apple untuk hadir dengan tetapan tiga kamera manakala iPhone 11R mungkin hadir dengan dua kamera.

Dari segi skrin dan reka bentuk hadapan, Apple dijangka akan mengekalkan reka bentuk yang digunakan pakai sejak iPhone X dan pengunaan slot Lightning juga akan dikekalkan berbanding peralihan ke pengunaan Type-C seperti iPad Pro.

Selain itu, cip Apple A13 dijangka akan menjadi cip yang akan menguasakan ketiga-tiga iPhone ini dan teknologi Haptic Touch juga akan disertakan sebagai pengganti kepada 3D Touch.

Pastikan anda mengikut perkembangan terkini pelancaran Apple iPhone di MobileFokus pada 10 September nanti.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.