Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Band 5 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 149 sahaja

Honor Band 5 Malaysia

Ada mungkin sedia maklum bahawa roadshow Honor 20 Pro kini sedang berlangsung di Sunway Pyramid dan serentak dengan acara ini, Honor Malaysia juga telah mengumumkan penawaran jam kecergasan Honor Band 5.

Honor Band 5 ini dilancarkan didalam dua versi iaitu versi biasa dan versi NFC (versi yang dijual di Malaysia tidak hadir dengan sokongan NFC).

Honor Band 5 Malaysia

Seperti generasi sebelum ini, Honor Band 5 hadir dengan skrin paparan OLED (berwarna) berukuran 0.95-inci dengan resolusi 120 x 240px yang menyokong paparan notifikasi dari aplikasi seperti WeChat, QQ dan banyak lagi.

Honor Band 5 Malaysia

Honor Band 5 ini dikatakan mempunyai ketahanan bateri sehingga 14 hari
Honor Band 5 juga mempunyai perekod kadar degupan jantung TruSeen 3.5 yang telah mendapat pensijilan ENA ( Europe Neurology Academy) dan sensor ini juga mempunyai sokongan bacaan SpO2 (kadar saturasi oksigen dalam darah) yang berguna ketika aktiviti ekstreme seperti mendaki gunung.

Honor Band 5 Malaysia

Honor Band 5 juga hadir dengan sokongan kalis air sehingga 50m dan mampu mengenal pasti 10 jenis sukan termasuk gaya renangan.

Seperti jam kecergasan Honor yang lain, Honor Band 5 boleh digunakan bersama-sama peranti Android mahupun iOS.

Honor Band 5 kini ditawarkan di Malaysia didalam satu pilihan warna iaitu hitam dengan harga penjualan RM 149 sahaja.

Beli Honor Band 5 secara atas talian di hihonor

Suasana di Roadshow Honor 20 Pro

Honor 20 Pro Roadshow Honor 20 Pro Roadshow Honor 20 Pro Roadshow

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.