Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 8 dan Note 8 Pro dilancarkan – kamera 64MP, Helio G90T pada harga dari RM 587 sahaja

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 8 dan Note 8 Pro sebagai model pengganti kepada siri Redmi 7.

Selain itu, Redmi Note 8 Pro juga menjadi telefon pintar pertama didunia yang akan menggunakan sensor kamera 64MP manakala Redmi Note 8 adalah telefon pintar mampu milik.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Redmi Note 8 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.3-inci yang menawarkan resolusi FHD+ dan pengunaan LCD juga menolak kemungkinan telefon pintar ini menggunakan sensor capjari terbina pada skrin ( sensor capjari kekal dibelakang).

Redmi Note 8 hadir dengan pemproses Snapdragon 665 yang sama seperti pada Mi A3 dengan dua pilihan RAM iaitu 4 atau 6GB yang dipadankan dengan memori dalaman sehingga 128GB.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Redmi Note 8 juga merupakan telefon yang memiliki tetapan 4 kamera dibelakang dengan sensor utama adalah unit 48MP Samsung ISOCELL GM2, sensor lensa lebar 8MP, lensa makro 2MP dan lensa depth 2MP. Kamera selfie Redmi Note 8 ini adalah 13MP.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Redmi Note 8 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W melalui Type-C.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Redmi Note 8 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru dengan harga penjualan seperti berikut :

Redmi Note 8 4/64 GB – CNY 999 (RM 587)

Redmi Note 8 6/64GB – CNY 1,199 (RM 704)

Redmi Note 8 6/128GB – CNY 1,399 (RM 823)

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Beralih kepada Redmi Note 8 Pro, ianya secara rasmi merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan sensor 64MP yang dibekalkan oleh Samsung.

Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro Malaysia

Sensor 64MP ISOCELL Bright GW- hadir dengan teknologi quad-binning pixel manakala sensor yang lain adalah seperti pada Redmi Note 8 (8MP+2MP+2MP).

Redmi Note 8 Pro pula memiliki skrin paparan yang lebih besar iaitu berukuran 6.53-inci namun masih merupakan panel LCD dengan resolusi FHD+.

Beralih kepada pemproses , Redmi Note 8 Pro juga menjadi telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses MediaTek Helio G90T dengan dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6/64GB atau 8/128GB.

Redmi Note 8 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 18W, kamera selfie AI 20MP dan teknologi penyejukan cecair yang sudah pastinya merupakan ciri kegemaran gamers.

Redmi Note 8 Pro hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan hijau dengan harga penjualan seperti berikut :

Redmi Note 8 Pro 6/64GB – CNY 1,399 (RM 823)

Redmi Note 8 Pro 8/128GB – CNY 1,799 (RM 1,058)

Buat masa ini masih belum ada maklumat penjualan di pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.