Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan waranti selama 2 tahun dan 1 kali gantian skrin percuma dengan pembelian Galaxy Note10 atau Note10 Plus

Samsung Galaxy Note 10 malaysia

Jika anda terlepas membeli Galaxy Note 10 atau Galaxy Note 10 Plus Ketika  promosi pra-tempahan atau roadshow, anda mungkin tidak mahu terlepas promosi terbaru bagi telefon pintar terbaru Samsung ini.

Samsung Mobile Malaysia kini telah mengumumkan bahawa setiap pembelian Galaxy Note 10 atau Galaxy Note 10 Plus akan melayakkan anda menerima langganan Samsung Protection Plus bernilai RM 280.

Samsung Galaxy Note 10 Plus Malaysia

Samsung Protection Plus ini menawarkan anda lanjutan jaminan waranti tambahan selama setahun ( keseluruhan 2 tahun) dan satu kali ganti an skrin yang retak secara percuma.

Promosi ini boleh dinikmati mulai hari ini sehingga 2 September 2019 dan ianya ditawarkan untuk ke semua model.

Samsung Galaxy Note 10 hadir dengan harga penjualan RM 3,699 manakala Galaxy Note 10 Plus pula hadir dengan harga RM 4,199 bagi versi 256GB dan RM 4,799 bagi versi 512GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.