Ini adalah spesifikasi Asus ROG Phone II yang akan dijual di Malaysia
Ini adalah spesifikasi Asus ROG Phone II yang akan dijual di Malaysia
Telefon pintar gaming terbaru Asus iaitu ROG Phone II dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada suku ke-4 tahun ini ( Oktober-Disember 2019).
Hari ini pihak Asus Malaysia telah sekali lagi mengesahkan perkara ini dan juga telah membekalkan kami satu infografik yang memberikan perbezaan spesifikasi antara Asus ROG Phone II yang akan dijual di Malaysia dan Asus ROG Phone II – Tencent (versi yang dijual di China).
Perbezaan antara kedua-dua ROG Phone II ini boleh anda lihat dibawah :
Selain daripada perbezaan di atas, Asus ROG Phone II ini akan memiliki skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.59-inci, pemproses Snapdragon 855 Plus, Adreno 640 GPU, bateri berkapasiti 6,000mAh dan teknologi penyejukan 3D Vapor-Chamber yang dikenali sebagai GameCool II.
Spesifikasi penuh ROG Phone II boleh di ketahui di SINI