Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 Pro terima anugerah telefon pintar paling bergaya dari EISA

Honor 20 Pro EISA Lifestyle Smartphone 2019

Honor 20 Pro yang dilancarkan ke pasaran Malaysia baru-baru ini telah diberikan anugerah ‘EISA Lifestyle Smartphone 2019 – 2020’ oleh European Imaging and Sound Association (EISA) award.

Sebab utama Honor 20 Pro menerima anugerah berprestij ini adalah disebabkan reka bentuk unik Dynamik Holographic dan teknologi quad-kamera yang meletakkanya sebagai antara telefon pintar dengan kamera terbaik.

Honor 20 Pro ditawarkan mulai 15 Ogos ini pada harga RM 2,299 dan hadiah percuma bernilai RM 500

Anugerah ini adalah yang kedua selepas Honor 20 Pro diberikan pengiktirafan oleh DxOMark sebagai telefon pintar dengan kamera ketiga terbaik dipasaran selepas menerima 111 mata pada ujian kamera syarikat ini.

Selain itu, anugerah ini lebih bermakna kerana ini merupakan kali ketiga telefon pintar Honor diberikan pengiktirafan ini selepas Honor 8 Pro dan Honor 10. Honor 20 Pro telah diangkat sebagai telefon pintar yang menawarkan ciri dan reka bentuk yang bergaya dan premium.

Honor 20 Pro Malaysia Free Gift

Honor 20 Pro yang mula ditawarkan di Malaysia sejak 17 Ogos lalu juga telah habis dijual pada platform atas talian hihonor.com/my  dan Shopee pada hari pertama penjualan.

Walaubagaimanapun, pembelian Honor 20 Pro juga boleh dibuat di semua HONOR Experience Stores(HES) pada harga penjualan RM 2,299.

Setiap pembelian Honor 20 Pro juga akan menerima satu beg bagasi premium, pembesar suara Bluetooth Honor mini dan Honor Tripod Selfie.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.