Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Skrin Waterfall dan Sokongan 5G pada Vivo NEX 3 telah disahkan secara rasmi

Vivo NEX 3

Skrin Waterfall dan Sokongan 5G pada Vivo NEX 3 telah disahkan secara rasmi

Selepas sebelum ini terdapat laporan mengenai  pelancaran global Vivo NEX 3 yang dijadualkan akan berlangsung sekitar bulan Oktober, kini terdapat satu lagi laporan mengenai telefon pintar flagship Vivo ini.

Pengarah produl Vivo, Lance telah memuat naik UI ‘homepage’ Vivo NEX 3 di akaun Weibo dengan  kata-kata dari Antoni Gaudí i Cornet iaitu “The straight line belongs to men, the curved one to God”.

Gambar ini juga memberikan kita visual jelas sisi skrin Vivo NEX 3 yang melengkung sehingga 90° namun skrin telefon pintar ini ditutup dengan bekas pelindung peranti.

Vivo nex 3 5GVivo

Sebelum ini, Lance juga telah berkongsi satu ‘screenshot’ rangkaian 5G di laluan keretapi ShenZhen dan memuji kebolehan rangkaian 5G ini.

Adalah dipercayai bahawa Vivo NEX 3 akan hadir dengan satu versi 5G yang mana ianya adalah susulan daripada pelancaran iQOO 5G

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.