Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hadiah Bernilai RM 620,000 Untuk Dimenangi Melalui Promosi Honor Merdeka

Honor Malaysia Merdeka Promo

Hadiah Bernilai RM 620,000 Untuk Dimenangi Melalui Promosi Honor Merdeka

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62, Honor Malaysia ingin memberi ‘semula’ sesuatu kepada rakyat Malaysia dengan kempen Merdeka yang menawarkan hadiah bernilai RM 620,000.

Mulai 15 Ogos sehingga 16 September 2019, setiap pembelian telefon pintar Honor yang terpilih akan menerima hadiah percuma dan terdapat juga pulangan tunai bagi pembelian Honor 20 Lite dan Honor 10 Lite.

Berikut adalah senarai telefon pintar dan hadiah yang akan anda terima dengan pembelian sepanjang tempoh kempen ini :

IMG_0606.jpeg

Selain itu, hadiah percuma untuk dimenangi bukan sahaja setakat itu, anda juga boleh menyertai permainan ‘tikam’ untuk memenangi salah satu daripada 10,000 hadiah termasuk Honor Band 4, Honor Band 4 Running, kotak hadiah Honor dan banyak lagi.

Selain itu, Honor 20 Pro juga telah mula ditawarkan secara rasmi di hihonor.com/my dan Shopee pada harga RM 2,299 dengan pelbagai hadiah percuma.

Penjualan di stor HONOR Experience Store(HES) dan wakil penjual yang lain akan bermula 17 Ogos ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.