Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ kini di Malaysia pada harga dari RM 3,699

Samsung Galaxy Note10 MalaysiaSamsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ di Malaysia.

Samsung Galaxy Note10 Malaysia

Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ telah dibuka untuk pra-tempahan sejak 8 Ogos lalu dan selepas 7 hari, Samsung juga telah mengesahkan bahawa stok bagi pra-tempahan juga telah habis terjual.

Samsung Galaxy Note10 Malaysia

Terus ke watak utama iaitu dua model Galaxy Note10 ini, Samsung buat pertama kalinya juga menawarkan saiz skrin yang berbeza pada Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ iaitu panel Dynamic AMOLED 1080p+ berukuran 6.3-inci (401ppi) dan 6.8-inci pada resolusi 1440p+ (498ppi).

Kedua skrin ini hadir dengan sokongan HDR10+  dan teknologi Dynamic Tone Mapping untuk paparan kandungan yang lebih realitistik.

Samsung Galaxy Note 10 Plus Malaysia

Bercakap mengenai S-Pen yang baru pada Note10 dan Note+ ini, ianya hadir didalam saiz yang sama seperti sebelum ini namun kini ianya mempunyai accelerometer dan gyroscope yang membolehkanya digunakan sebagai alat kawalan gerakan yang dikenali sebagai ‘Air Actions’z

Ini membolehkan anda melakukan navigasi OneUI Samsung ini dari jarak jauh dan Samsung telah membuka SDK untuk Air Actions ini yang mana pembangun aplikasi mempunyai kebebasan untuk mengguna pakai kelebihan baru S-Pen dengan lebih kreatif.

Samsung Galaxy Note 10 Plus Malaysia

Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy Note+ turut hadir dengan tetapan tri-kamera 12MP yang memiliki OIS dan dwi-aperture f/1.5-&f/2.4, satu sensor telefon 12MP yang turut memiliki OIS dan satu sensor lensa ultra lebar 16MP 123°

Walaubagaimanapun Galaxy Note10+ hadir tambahan satu lagi sensor 3D ToF yang digunakan oleh aplikasi 3D Scanner untuk mengambil gambar 3D obejk.

Samsung Galaxy Note 10 Plus Malaysia

Bercakap mengenai kamera selfie siri Galaxy Note10 ini, ianya adalah lensa 10MP dengan darjah 80° yang turut disertakan dengan pemfokusan auto.

Telefon pintar ini juga mampu merakam video 4K, Life Focus, Super Steady dengan aplikasi pengedit video yang lebih baik dan anda juga akan ditawarkan muat turun aplikadi Adobe Premier Rush secara percuma.

Bercakap mengenai pemproses, Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ hadir didalam dua cip pemproses iaitu Exynos 9825 dan Snapdragon 855 namun penawaran ini adalah mengikut pasaran.

Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+

RAM pada Galaxy Note10 adalah 8GB manakala versi 5G Note10 memiliki 12GB RAM manakala Galaxy Note+ pula memiliki 12GB RAM pada versi LTE dan 5G.

Kapasiti dalaman yang paling rendah adalah 256GB dan terdapat juga versi 512GB namun hanya model Galaxy Note10+ menyokong microSD (sehingga 1TB).

Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy Note10 hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh dengan pengecasan pantas 25W manakala Galaxy Note10+ pula memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W namun hanya pengecasan 25W disertakan dalama kotak.

Kedua-dua mode ini juga hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar dan pengecasan terbalik ‘reverse charging’.

Lain-lain ciri yang dimiliki siri Galaxy Note10 adalah pembesar suara stereo dan earphone yang ditala oleh AKG, PlayGalaxyLink dan penyejukan cecair Vapor Chamber.

Samsung Galaxy Note 10 Plus Malaysia

Samsung Galaxy Note10 akan hadir didalam satu pilihan memori simpanan dalaman iaitu 256GB dengan harga penjualan RM 3,699 manakala Galaxy Note10+ pula akan hadir didalam dua kapasiti memori dalaman iaitu 256GB Yang ditawarkan pada harga RM 4,199 dan RM 4,799 bagi versi 512GB.

Samsung Galaxy Note 10 Plus Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.