Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Realme 5 akan dilancarkan 20 Ogos – bateri 5,000mAh dengan pengecasan VOOC 3.0

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme telah mengesahkan bahawa siri telefoj pintar Realme 5 akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan dan ianya juga disahkan akan hadir dengan tetapan quad-kamera dengan sensor utama adalah 64MP.

Secara spesifik, Realme 5 dan Realme 5 Pro akan dilancarkan pada 20 Ogos dengan pasaran India akan menjadi pasaran pertama untuk menerima telefon pintar ini.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Selain pengunaan teknologi quad-camera 64MP, Siri Realme 5 ini juga akan hadir dengan pemproses terbaru daripada Snapdragon ( mungkin Snapdragon 810).

Bercakap mengenai bateri pula, Realme juga mengesahkan bahawa Siri Realme 5 akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC Flash 3.0 yang mampu mencapai tahap 55% didalam masa 30 minit sahaja ( microUSB atau Type-C?).

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Dengan pengumuman kapasiti bateri, Realme dijangka akan mendedahkan lebih banyak ciri-ciri menarik telefon pintar ini didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.