Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi melancarkan Mi CC9 dan Mi CC9e – telefon pintar premium dengan harga serendah RM 781

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar yang difokuskan kepada golongan muda dan sebagai permulaan sebanyak tiga model telah diperkenalkan iaitu Mi CC9, Mi CC9e dan Mi CC9 edisi Meitu.

Bercakap mengenai Xiaomi Mi CC9,  ianya hadir dengan reka bentuk berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan belakang dengan pengunaan rangka keluli.

Panel belakang Mi CC9 mempunyai kemasan yang mempunyai refleksi warna apabila terkena cahaya.

Mi CC9 hadir dengan skrin paparan waterdrop AMOLED berukuran 6.39-inci beresolusi 2340 x 1080 dengan sensor capjari terbina pada skrin, pemproses Snapdragon 710 yang dipadankan dengan dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6/64GB atau 8/128GB.

Mi CC9 ini juga memiliki tetapan tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP dengan aperture f/1.8, sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera selfie yang dimiliki Mi CC9 adalah 32MP.

Xiaomi Mi CC9 akan hadir dengan animasi avatar Mimoji, NFC, port IR, mod AI Portrait untuk kamera hadapan dan MIUI 10 yang berasaskan Android Pie.

Mi CC9 akan turut memiliki bateri berkapasiti 4,030mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W

Mi CC9 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan hitam dengan harga penjualan seperti berikut :

Mi CC9 6/64GB – CNY 1,799 – RM 1,082

Mi CC9 8/128GB – CNY 1,999 – RM 1,203

Mi CC9 juga mempunyai satu edisi khas yang dikenali sebagai Mi CC9 edisi Meitu, ianya sama seperti Mi CC9 namun memiliki konfigurasi RAM dan memori 8/256GB, mod AI low light portrait, movie portrait dan penapis kecantikan sepenuh badan.

Mi CC9 Meitu ini juga mempunyai mod vlog khas yang turut disertakan dengan pengstabilan video.

Harga Mi CC9 Meitu adalah CNY 2,599 – RM 1,563

Bercakap mengenai Mi CC9e pula, yang mana ‘e’ merujuk kepada Essential dan Xiaomi mendakwa ianya menawarkan kesemua fungsi Mi CC9 namun pada peranti yang lebih kompak.

Xiaomi CC9e hadir dengan skrin paparan AMOLED dengan resolusi HD+ 1560 x 720 yang masih menawarkan sensor capjari terbina pada skrin.

Seperti Mi CC9, Mi CC9e mempunyai tetapan kamera hadapan dan belakang dan kapasiti bateri yang sama dengan perbezaan utama adalah dari segi pemproses dan RAM.

Xiaomi Mi CC9e hadir dengan pengunaan cip pemprosesan terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 665 dengan tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman.

Berikut adalah harga Mi CC9e mengikut kapasiti RAM dan memori dalaman :

Mi CC9e 4/64GB – CNY 1,299 – RM 781

Mi CC9e 6/64GB – CNY 1,399 – RM 841

Mi CC9e 6/128GB – CNY 1,599 – RM 961

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.