Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y9 Prime 2019 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899 sahaja

Huawei Y9 Prime 2019 Malaysia Harga

Huawei Y9 Prime 2019 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 899 sahaja

Huawei secara rasminya mula menawarkan Huawei Y9 Prime 2019 di pasaran Malaysia yang mana ianya merupakan telefon pintar dengan kamera selfie pop-up pertama mereka.

Huawei Y9 Prime 2019 Malaysia Hands-On

Terus kepada spesifikasi, Huawei Y9 Prime 2019 ini hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.59-inci tanpa sebarang takukan, pemproses Kirin 710F, 4GB RAM dengan satu pilihan memori dalaman iaitu  128GB.

Huawei Y9 Prime 2019 Malaysia Camera

Selain itu, Huawei Y9 Prime 2019 hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu kombinasi 16MP sensor utama, 8MP sensor lebar dan 2MP sensor kedalaman.

Huawei Y9 Prime 2019 Malaysia Selfie

Sebagai telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan mekanisma kamera selfie pop-up, Huawei mendakwa modul ini mengambil masa 1 saat untuk keluar dari rangka dan telah melalui ketahanan sebanyak 100,000 kitaran.

Huawei Y9 Prime Battery

Huawei Y9 Prime 2019 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan melalui USB-C, EMUI 9.0 berasaskan Android Pie, slot microSD dan bicu audio 3.5mm.

Huawei y9 prime malaysia sale

Huawei Y9 Prime 2019 akan mula ditawarkan pada Sabtu ini, 27 Julai 2019 pada harga RM 899 sahaja dan ianya akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu hitam ‘midnight’, biru ‘sapphire’ dan hijau ‘emerald’.

Info lanjut di : Huawei Mobile Malaysia 

Vivo S1 kini di Malaysia dengan kamera 16MP dan bateri 4,500mAh pada harga RM 1,099 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.