Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 10x Zoom 5G menunjukkan potensi rangkaian 5G di Malaysia

Oppo reno 10x zoom celcom 5G

Oppo Reno 10x Zoom 5G menunjukkan potensi rangkaian 5G di Malaysia

Oppo menjadi syarikat pengeluar telefon pintar pertama untuk melakukan demostrasi kebolehan 5G ke pelancaran Percubaan Lapangan Kluster 5G yang dianjurkan oleh Celcom di Malaysia.

.Pelancaran ini telah dihadiri oleh Al-Ishsal Ishak, pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Oppo Reno 10x Zoom, telefon pintar terbaru didalam siri Oppo Reno telah mempamerkan kelajuan muat turun 1.2Gbps yang mempamerkan keupayaan 5G telefon pintar ini.

Oppo reno 10x zoom 5g celcom

Percubaan ini juga membuktikan Oppo sebagai perintis didalam pasaran dan teknologi 5G di Malaysia.

Generasi ke-5 teknologi mudah alih atau 5G memang merupakan topik yang hangat diperkatakan di Malaysia dan potensi teknologi ini adalah tanpa sempadan yang meliputi sektor realiti maya (VR), teknologi dron, telekesihatan dan IoT (internet of things).

Celcom, salah satu syarikat telekomunikasi utama di Malaysia telah mempamerkan keupayaan rangkaian 5G mereka ketika pelancaran Percubaan Lapangan Kluster 5G.

Honor 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia bulan hadapan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.