Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Band 5 kini rasmi dengan hayat bateri 14 hari pada harga dari RM 114

Honor Band 5 kini rasmi dengan bateri 14 hari pada harga dari RM 114

Honor Band 5 kini rasmi dengan hayat bateri 14 hari pada harga dari RM 114

Selain pelancaran Honor 9X dan Honor 9X Pro, Honor juga telah memperkenalkan jam kecergasan terbaru mereka iaitu Honor Band 5 yang mana terdapat dua versi iaitu versi biasa dan versi NFC.

Seperti generasi sebelum ini, Honor Band 5 hadir dengan skrin paparan OLED (berwarna) berukuran 0.95-inci dengan resolusi 120 x 240px yang menyokong paparan notifikasi dari aplikasi seperti WeChat, QQ dan banyak lagi.

Honor Band 5 kini rasmi dengan hayat bateri 14 hari pada harga dari RM 114 5

Honor Band 5 ini dikatakan mempunyai ketahanan bateri sehingga 14 hari

Honor Band 5 juga mempunyai perekod kadar degupan jantung TruSeen 3.5 dan sensor ini juga mempunyai sokongan bacaan SpO2 (kadar saturasi oksigen dalam darah) yang berguna ketika aktiviti ekstreme seperti mendaki gunung.

Honor Band 5 kini rasmi dengan hayat bateri 14 hari pada harga dari RM 114 6

Honor Band 5 juga hadir dengan sokongan kalis air sehingga 50m dan mampu mengenal pasti 10 jenis sukan termasuk gaya renangan.

Honor Band 5 versi biasa hadir dengan harga penjualan CNY 189 (RM 114) manakala versi NFC ditawarkan pada harga CNY 219 (RM 131).

Jam kecergasan ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.