Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo S1 kini di Malaysia dengan kamera 16MP dan bateri 4,500mAh pada harga RM 1,099 sahaja

Vivo s1 launch malaysia

Vivo S1 kini di Malaysia dengan kamera 16MP dan bateri 4,500mAh pada harga RM 1,099 sahaja

Selepas hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu Vivo S1.

Vivo S1 yang merupakan telefon pintar pertama Vivo didalam Siri S untuk ditawarkan di Malaysia telah dibuka untuk pra-tempahan sejak 20 Julai dengan harga penjualan RM 1,099.

Vivo s1

Bercakap mengenai spesifikasi, Vivo S1 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Halo FullView berukuran 6.38-inci yang mana ianya adalah skrin dew-drop beresolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada badan 90%.

Vivo S1 juga telah disertakan dengan sensor capjari terbina pada skrin yang dikatakan mampu membuka peranti didalam masa 0.42 saaat dan terdapat juga sokongan mod skrin ‘Always On’.

Vivo s1 malaysia price

Takukan pada Vivo S1 ini menempatkan kamera selfie 32MP dengan pelbagai sokongan seperti AI Face Beauty, AR Selfie dan banyak lagi.

Beralih kepada bahagian pemproses, Vivo S1 hadir dengan pemproses 8-teras MediaTek Helio P65 berkelajuan 2.0GHz, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Vivo s1 malaysia camera

Pada bahagian belakang, Vivo S1 hadir dengan tetapan tri-kamera Sony IMX499 16MP + sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

Vivo S1 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang disertakan dengan teknologi pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging (microUSB).

Vivo S1 juga hadir dengan mod gaming Ultra Game Mode dan UI FunTouch OS berasaskan Android Pie.

Vivo s1 color malaysia

Vivo S1 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu biru ‘skyline’ dan hitam ‘diamond’ dengan harga penjualan RM 1,099 dan penjualan akan bermula 27 Julai.

Vivo s1 super day

Selain itu, Vivo juga akan mengadakan Vivo S1 Super Day di Central i-City Shah Alam pada 2 hingga 12 Ogos 2019

Vivo S1 Malaysia

Pra tempah Vivo S1 di pautan berikut :

Vivo S1 Lazada

Vivo S1 Shopee

Vivo S1 PrestoMall 

Vivo S1 Vivo Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.