Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Fold dijangka akan dilancarkan semula pada bulan Ogos

Samsung Galaxy Fold Malaysia

Samsung Galaxy Fold dijangka akan dilancarkan semula pada bulan Ogos

Ogos nampaknya akan menjadi bulan yang padat bagi Samsung kerana pelancaran Galaxy Note10 akan berlangsung pada 7 Ogos dan kini terdapat kata-kata pelancaran semula Galaxy Fold akan turut berlangsung bulan hadapan.

Samsung Galaxy Fold nampaknya telah bersedia untuk pelancaran semula selepas hampir 3 bulan didalam proses pengubahsuaian.

Menurut pakar dan sumber dalaman syarikat, Samsung dilaporkan telah mengubah reka bentuk engsel dan skrin paparan dan turut telah melalui

ujian ketahanan yang ketat yang mana Galaxy Fold telah lulus dan hanya beberapa isu kecil masih perlu diselesaikan sebelum pelancaran.

Pelancaran pada bulan Julai dilihat tidak realistik dan Samsung sudah pasti tidak mahu mencuri momentum pelancaran Galaxy Note10 yang dijadulkan akan berlangsung didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Apa pun pelancaran Galaxy Fold ke pasaran kali ini harus dibuat dengan lebih berhati-hati dengan memastikan semua isu lama yang ditimpa telefon pintar futuristik telah diselesaikan.

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi – telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.