Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos 2019

Samsung galaxy note10 malaysia

Samsung Mobile secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship didalam siri Galaxy Note akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos ini.

Samsung Galaxy Note10 yang merupakan generasi ke-9 siri telefon pintar Galaxy Note ini akan dilancarkan secara rasmi di majlis Galaxy Unpacked yang akan berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

Walaupun tidak memberikan sebarang maklumat apakah yang akan dilancarkan pada 7 Ogos ini, Samsung telah berkongsi video yang mempunyai stylus S-Pen yang digunakan untuk melukis satu bulatan kamera sebagai petunjuk jelas Galaxy Note10 adalah tajuk utama majlis pelancaran ini.

Lukisan kamera ini mungkin memberikan petunjuk bahawa Galaxy Note10 akan hadir dengan reka bentuk kamera ‘punch hole’ yang akan diletakkan pada bahagian tengah skrin.

Majlis pelancaran Galaxy UNPACKED dikatakan akan menyaksikan pelancaran tiga telefon pintar Siri Galaxy Note10 iaitu Galaxy Note10, Galaxy Note+ dan Galaxy Note10+ versi 5G.

Samsung Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ akan mempunyai reka bentuk yang sama namun dengan saiz skrin dan tetapan kamera yang berbeza.

Dengan pelancaran hanya berbaki 35 hari sahaja lagi, Samsung dijangka akan mengeluarkan lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar Galaxy Note10 ini.

Bagi kita di Malaysia, majlis pelancaran ini akan bersiar pada 8 Ogos 2019 sekitar jam 4 pagi waktu Malaysia

https://twitter.com/samsungmobile/status/1145859648085319681?s=21
Info selanjutnya sila menuju ke Samsung Official Website.
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.