Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo S1 kini dibuka untuk pra-tempahan dengan harga penjualan RM 1,099 sahaja

Vivo S1 Pre Order

Vivo S1 telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan dan kini pra-tempahan bagi telefon pintar ini kini telah dibuka.

Vivo S1 kini telah dibuka untuk tempahan di stor fizikal Vivo diseluruh negara dimana anda boleh menikmati promosi ‘bayar RM 50 dan dapatkan rebat RM 100’.

Selain itu harga penjualan Vivo S1 juga telah didedahkan iaitu RM 1,099 dan dengan membayar RM 50 ketika pra-tempahan, anda hanya perlu membayar RM 999 ketika pengambilan telefon pintar mulai 27 dan anda akan turut menerima VShare K1-Bluetooth Speaker.

Vivo S1 Malaysia pra-tempahan

Selain itu, pra-tempahan secara online juga telah dibuka Lazada, Shope, Presto Mall dan stor online Vivo dengan harga penjualan RM 1,099 dan akan menerima hadiah misteri bernilai RM 149.

Pra tempah Vivo S1 di pautan berikut :

Vivo S1 Lazada

Vivo S1 Shopee

Vivo S1 Vivo Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.