Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A3 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM 1,098

Xiaomi Mi A3 Mobile2Go

Xiaomi Mi A3 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM 1,098

Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi, telefon pintar Android generasi ke-3 daripada Xiaomi iaitu Mi A3 nampaknya telah mula ditawarkan di Malaysia mulai hari ini dengan harga penjualan RM 1,098.

Sebelum itu, harus kami ingatkan kepada anda bahawa Mi A3 ini adalah versi import yang hadir dengan ROM global dengan jaminan waranti selama 24 bulan dari Mobile2Go.

Menyentuh sedikit sebanyak mengenai spesifikasi, Mi A3 akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.01-inci, pemproses Snapdragon SDM665, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Mi A3 juga memiliki tetapan tri-kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP, sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP.

Selain itu, Mi A3 juga memiliki kamera selfie 32MP, sokongan dwi-SIM dan OS Android Pie yang asli.

Mi A3 yang ditawarkan oleh Mobile2Go ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru (mulai 16 Julai) dengan harga penjualan RM 1,098.

Maklumat lanjut di Mobile2Go

Xiaomi CC9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,298

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.