Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem operasi terbaru Huawei mungkin dikenali sebagai HarmonyOS

Huawei harmonyOS

Sistem operasi terbaru Huawei mungkin dikenali sebagai HarmonyOS

Huawei sekali lagi mencetuskan spekulasi terbaru apabila telah memfailkan permohonan cap tanda dagang dengan Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah bagi nama ‘Harmony’ yang merupakan nama bagi sistem operasi untuk telefon pintar dan komputer

Permohonan ini telah dibuat pada 12 Julai yang lalu dan kini didalam proses semakan.

Dengan perkembangan terbaru ini, Harmony kini menyertai Ark sebagai antara calon nama rasmi antarabangsa bagi sistem operasi terbaru Huawei .

Selain itu, terdapat juga kemungkinan Huawei menggunakan nama HongmengOS di beberapa pasaran luar China.

Huawei dikatakan telah mula membangunkan sistem operasi ini sejak tahun 2015 dan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini telah menyaksikan Huawei mempercepatkan lagi proses pembangunan OS ini.

Khabar angin terbaru mengatakan OS terbaru Huawei akan dilancarkan lewat tahun ini dengan hampir 1 juta unit ujian telah mula menggunakan OS ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei juga telah mendakwa bahawa HongmengOS ini adalah lebih pantas dari Android dan MacOS.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.