Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi CC9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,298

Xiaomi mi cc9 malaysia

Xiaomi CC9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,298

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Mi CC9 pada minggu lalu dan telefon pintar flagship yang disasarkan kepada golongan muda ini kini sudah tiba ke pasaran Malaysia.

Xiaomi Mi CC9 kini telah ditawarkan melalui pengedar Mobile2go dan ianya hadir didalam dua pilihan memori dalaman iaitu 6GB /64GB atau 6/128GB dengan jaminan waranti selama dua tahun (jaminan dari kedai dan bukanya waranti rasmi Mi Malaysia).

Bercakap mengenai spesifikasi, Xiaomi Mi CC9 ini hadir dengan reka bentuk berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan belakang dengan pengunaan rangka keluli.

Panel belakang Mi CC9 mempunyai kemasan yang mempunyai refleksi warna apabila terkena cahaya.

Mi CC9 hadir dengan skrin paparan waterdrop AMOLED berukuran 6.39-inci beresolusi 2340 x 1080 dengan sensor capjari terbina pada skrin dan pemproses Snapdragon 710

Mi CC9 ini juga memiliki tetapan tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP dengan aperture f/1.8, sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera selfie yang dimiliki Mi CC9 adalah 32MP.

Mi cc9 malaysia price

Xiaomi Mi CC9 akan hadir dengan animasi avatar Mimoji, NFC, port IR, mod AI Portrait untuk kamera hadapan dan MIUI 10 yang berasaskan Android Pie.

Mi CC9 akan turut memiliki bateri berkapasiti 4,030mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W

Harga penjualan Xiaomi CC9 ini adalah seperti berikut :

Xiaomi Mi CC9 6/64GB – RM 1,298

Xiaomi Mi CC9 6/128GB – RM 1,598

stok kini sudah sedia di HQ Mobile2go di Taman Maluri, Kuala Lumpur dan maklumat lanjut boleh anda ketahui di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.