Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo S1 disahkan akan memiliki kamera selfie AI 32MP

Vivo S1

Vivo S1 disahkan akan memiliki kamera selfie AI 32MP

Vivo Malaysia kini telah mengesahkan bahawa Vivo S1 akan memiliki kamera selfie 32MP.

Vivo S1 merupakan model pertama didalam siri Vivo S yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Tidak seperti pada telefon pintar Siri Vivo V15, Vivo S1 ini akan memiliki kamera selfie yang ditempatkan pada skrin waterdrop.

Kamera selfie 32MP yang dimiliki oleh Vivo S1 ini juga akan hadir dengan sokongan teknologi selfie Vivo yang terkini seperti AI Beauty, AI Stickers dan banyak lagi.

Selain itu, Siri Vivo S juga telah disahkan akan hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin dan juga tetapan tri-kamera dibelakang.

Pelancaran rasmi Siri Vivo S ke pasaran Malaysia dijangka akan berlangsung bulan ini.

Siri telefon pintar Vivo S akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.