Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y12 dengan tetapan tri-kamera dan bateri 5,000mAh akan ditawarkan pada harga RM 599 sahaja

Vivo Y12 Malaysia

Sedang Vivo sibuk untuk melancarkan siri Vivo S ke pasaran Malaysia, Vivo sempat pengumuman penawaran telefon pintar mampu milik Vivo Y12 ke pasaran Malaysia mulai 13 Julai ini.

Vivo Y12 ini akan hadir dengan skrin paparan Halo FullView berukuran 6.35-inci, pemproses MediaTek Helio P22, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Selain itu, Vivo Y12 akan memiliki tetapan tiga kamera AI dibelakang iaitu kombinasi 13MP + 8MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Vivo Y12 ini akan turut hadir dengan FunTouch OS 9, sokongan dwi-SIM, sensor capjari dibelakang, Bluetooth 5.0 dan banyak lagi.

Vivo Y12 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu biru ‘aqua’ dan merah ‘burgundy’ dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

Pembelian Vivo Y12 ini boleh dilakukan di stor konsep Oppo dan wakil penjual sah mulai 13 Julai 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.