Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo menawarkan diskaun sehingga RM 1,400 di Lazada pada 12-14 Julai ini

Oppo menawarkan diskaun sehingga RM 1,400 di Lazada pada 12-14 Julai ini

Oppo malaysia midyear lazada sale

Selepas Realme dan Xiaomi mengumumkan tawaran menarik mereka di ‘mid-year festival’ Lazada mulai 12 Julai ini, kini giliran Oppo pula mengumumkan tawaran eksklusif yang boleh anda dapatkan dari hari ini sehingga 14 Julai 2019.

Oppo malaysia A3s

Oppo Malaysia telah mengumumkan sebanyak 3 model telefon pintar Oppo akan ditawarkan pada harga diskaun dengan model yang paling mencuri
tumpuan adalah Oppo R15 Pro yang hadir dengan diskaun RM 1,400.

Berikut adalah senarai penuh telefon pintar Oppo yang ditawarkan pada harga diskaun :

Oppo R15 Pro – RM 999 – harga asal pelancaran RM 2,399
Oppo A71K – RM 359 – harga asal RM 599
Oppo A3s 3/32GB – RM 499 – harga asal RM 899
Oppo A3s 2/16GB – RM 439 – harga asal RM 439

Selain itu, anda juga akan menerima baucar RM 100 dengan setiap pembelian produk Oppo bernilai RM 2,000 dan hadiah percuma sepanjang kempen penjualan istimewa ini.

Oppo malaysia lazada

Pastikan anda tidak ketinggalan meninjau tawaran menarik daripada Oppo dan syarikat telefon pintar yang lain sempena kempen Lazada Mid-year sale mulai hari ini.

Lihat tawaran daripada Oppo di SINI

Realme menawarkan diskaun sehingga RM 300 pada 12 Julai ini di Lazada

Mi Malaysia akan menawarkan diskaun sehingga RM 800 di Lazada pada 12 Julai ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.