Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri telefon pintar Vivo S akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang

Vivo S1 dan vivo s1 pro malaysia

Siri telefon pintar Vivo S akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang

Semalam Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar siri S akan memasuki pasaran Malaysia dan ianya dikatakan Vivo S1 dan Vivo S1 Pro.

Kini, Vivo telah memberikan kita visual reka bentuk panel belakang telefon pintar ini dan ianya hadir dengan didalam dua pilihan warna iaitu hitam ‘diamond’ dan biru ‘skyline’.

Vivo S1 Pro malaysia

Selain itu, paparan panel belakang juga mendedahkan bahawa Vivo S1 dan S1 Pro akan memiliki tetapan tri kamera pada bahagian belakang dan tiada juga sebarang potongan untuk sensor capjari.

Ini menyokong maklumat awal yang mengatakan telefon pintar Vivo ini akan menggunakan teknologi capjari yang terbina dalam skrin.

Vivo s1 dan s1 pro malaysia

Selain itu, Tri-kamera pada siri Vivo S ini akan memiliki satu sensor utama, satu sensor lensa lebar dan satu sensor kedalaman yang kini menjadi trend popular dipasaran.

Vivo Malaysia setakat ini masih belum mengumumkan akan bila pelancaran siri Vivo S ini akan berlangsung di Malaysia namun ianya mungkin akan diadakan sekitar bulan ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.