Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar rasmi Samsung Galaxy Note10 telah dikeluarkan

Samsung galaxy note 10

Gambar rasmi Samsung Galaxy Note10 telah dikeluarkan

Pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note10 telah disahkan akan berlangsung pada 7 Ogos 2019 dan kini beberapa gambar rasmi reka bentuk telefon pintar terbaru Samsung ini telah disebarkan.

Samsung galaxy note10 malaysia

Roland Quandt telah mengeluarkan beberapa gambar akhbar Galaxy Note10 dan ianya mendedahkan kepada kita reka bentuk telefon pintar ini.

Pada bahagian hadapan, Samsung Galaxy Note10 nampaknya akan hadir dengan panel skrin hadapan Infinity-O yang mana kamera selfie diletakkan dibahagian tengah ( reka bentuk ‘punch hole’).

Galaxy Note10 dijanka akan turut disertakan dengan sensor capjari ultrasonik yang terbina didalam skrin.

Pada bahagian sisi, kelihatan jelas bahawa Galaxy Note10 hanya akan mempunyai dua butang fizikal yang mana satu adalah butang kuasa manakala satu lagi adalah butang pelaras bunyi.

Samsung galaxy note10 malaysia launch

Beralih kepada panel belakang, Galaxy Note10 akan hadir dengan tetapan tiga kamera yang menegak seperti pada siri telefon pintar Huawei P30.

Bercakap mengenai warna, Galaxy Note10 nampaknya akan ditawarkan sekurang-kurangnya didalam dua warna iaitu ungu gradiasi dengan stylus S-Pen didalam warna biru dan warna hitam.

Pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note10 akan diadakan kurang sebulan sahaja lagi dan bagi anda yang ingin menonton majlis pelancaran rasmi ini, ianya akan berlangsung pada jam 4 pagi , 8 Ogos 2019 waktu Malaysia.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.