Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony sedang membangunkan telefon pintar Xperia dengan skrin boleh gulung

Laporan terbaru menyebut Sony sedang membangunkan satu telefon pintar futuristik dengan skrin paparan yang boleh digulung dan kamera yang menyokong 10x zoom.

Reka bentuk telefon pintar Xperia ini dikenali sebagai “nautilus design” dan ianya juga dikatakan akan mengguna pakai skrin paparan daripada LG.

Skrin ini dikatakan mempunyai reka bentuk yang sama seperti televisyen konsep ‘rollable’ 65-inci OLED TV yang dipamerkan di CES tahun lalu dan akan memasuki pasaran lewat tahun ini.

Telefon pintar Sony Xperia dengan skrin paparan yang boleh digulung ini juga masih didalam fas prototaip dengan pengunaan pemproses Snapdragon 710 namun versi akhir mungkin hadir dengan Snapdragon 855 lengkap dengan modem X50 untuk sokongan rangkaian 5G.

Telefon pintar ini dikatakan akan mempunyai kamera dengan sokongan 10x zoom namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya zoom 5x optik dan zoom 10x hibrid atau zoom 10x optik.

Bercakap mengenai bateri pula, telefon pintar ini akan hadir dengan bateri berkapasiti 3,220mAh

Telefon pintar Sony Xperia Rollable mungkin dilancarkan sekitar bulan Disember 2019 atau awal tahun 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.