Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo akan melancarkan siri telefon pintar Vivo S ke pasaran Malaysia

Vivo S1 dan S1 Pro Malaysia

Vivo akan melancarkan siri telefon pintar Vivo S ke pasaran Malaysia

Vivo nampaknya bakal memperkenalkan siri telefon pintar baru ke pasaran Malaysia dan sebagai permulaan satu gambar telah dimuatnaik di laman Facebook Vivo Malaysia.

Vivo Malaysia nampaknya telah mengesahkan bahwa siri telefon pintar Vivo S akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Siri telefon pintar Vivo S1 Pro
                                   Vivo S1 Pro

Selang selepas beberapa bulan, Vivo bakal memperkenalkan model telefon pintar baru pada satu siri telefon pintar baru yang pasti akan menarik perhatian pengguna di Malaysia.

Walaupun tidak mendedahkan banyak mengenai telefon pintar ini,Vivo mengesahkan bahawa telefon pintar Vivo S yang akan dilancarkan adalah Vivo S1 atau S1 Pro yang sama seperti dipasaran China namun dengan spesifikasi yang berbeza.

Vivo S1 Malaysia
                                        Vivo S1

Apa yang pelik juga adalah, Vivo S1 dan S1 Pro secara tidak langsung merupakan Vivo V15 dan Vivo V15 Pro yang ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,299.

Antara ciri yang disahkan akan disertakan pada telefon pintar siri Vivo S ini adalah sensor capjari terbina pada skrin. 

Maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini boleh diketahui di https://www.vivo.com/mydan laman Facebook https://www.facebook.com/VivoMalaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.