Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ROG Phone 2 dijangka hadir dengan skrin 120Hz dan pengecasan pantas 30W

ROG Phone 2 dijangka hadir dengan skrin 120Hz dan pengecasan pantas 30W 1
ROG Phone 2 dijangka hadir dengan skrin 120Hz dan pengecasan pantas 30W 2

Telefon gaming generasi kedua Asus iaitu ROG Phone 2 kini disahkan akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas 30W.

Pengesahan ini adalah menurut daripada pensijilan 3C namun ianya adalah teknologi pengecasan yang sama seperti yang ditawarkan pada generasi pertama ROG Phone.

Walaubagaimanapun terdapat dua versi iaitu I001DA dan 1001DB yang mana model ‘B’ menyokong pengecasan pantas 5-10V/3A – maksima 30W manakala model ‘A’ pula hadir dengan kadar 18W 9V/2A.

Selain itu, ROG Phone 2 dengan nombor model I001D juga telah dikesan di dokumen FCC dan pada pensijilan dari Wi-Fi Alliance.

Selain itu, ROG Phone 2 juga akan hadir dengan skrin paparan 120Hz dan Tencent juga sedang membangunkan permainan video 120Hz dengan tajuk pertama adalah Under the One Man” 

ROG Phone 2 dijangka akan dilancarkan bulan ini dan ianya telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia.

Asus ROG Lancarkan Komputer Riba Gaming Mothership Pada Harga RM 26,999 Dan Beberapa Lagi Model Pada Harga Yang Lebih Berpatutan

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.