Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme X edisi Spiderman dilancarkan secara rasmi pada harga sekitar RM 1,084

Realme X edisi Spiderman telah dilancarkan secara rasmi dan ianya adalah satu edisi khas telefon pintar terbaru Realme yang dilancarkan secara eksklusif ke pasaran China bulan lalu.

Pelancaran Realme X edisi Spiderman ini adalah sempena tayangan filem adiwira Spiderman : Far From Home yang akan mula memasuki pawagam pada awal bulan Julai 2019.

Realme X edisi Spiderman ini secara asasnya adalah Realme X didalam warna putih namun ianya diberikan UI bertemakan Spiderman selain kotak pembungkusan eksklusif yang turut mengandungi bekas peranti didalam warna merah yang mempunyai logo Spiderman.

Selain itu, Realme X ini juga memiliki  konfigurasi RAM dan memori dalaman yang sama iaitu 8/128GB dengan harga juga kekal sama.

Lebih menarik adalah, Realme X nampaknya semakin hampir memasuki pasaran India dan Ketua Pegawai Eksekutif Realme India juga telah mengesahkan perkara ini.

Realme India akan mengadakan tayangan perdana Spiderman : Far From Home pada 3 Julai ini dan peminat Realme juga berpeluang untuk turut serta didalam tayangan ini.

Realme X edisi Spiderman ini hadir dengan harga penjualan CNY 1,799 (RM 1,084)

Spesifikasi penuh Realme X boleh anda ketahui dengan membaca laporan pelancaran Realme X di sini

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasarana

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.