Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan pada harga dari RM 2,299 sahaja

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan pada harga dari RM 2,299 sahaja 1

Huawei Malaysia dilihat meraikan pengumuman terbaru dari Donald Trump dengan mengumumkan pengurangan harga bagi telefon pintar terbaru Huawei iaitu Huawei P30, Huawei P30 Pro dan Huawei Nova 3i.

Huawei mengumumkan bahawa Huawei P30 kini akan hadir dengan harga penjualan RM 2,299 sahaja manakala Huawei P30 Pro pula kini mempunyai harga penjualan RM 3,399 sahaja.

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan pada harga dari RM 2,299 sahaja 2

Harga penjualan terbaru ini adalah RM 400 lebih murah berbanding harga ketika pelancaran iaitu masing-masing RM 2,699 bagi Huawei P30 

Selain itu, Huawei turut mengumumkan penurunan harga bagi Huawei Nova 3i yang kini hadir dengan harga penjualan RM 799 iaitu RM 100 lebih murah berbanding sebelum ini.

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan pada harga dari RM 2,299 sahaja 3

Lebih menarik sebagai menunjukkan komitmen kepada pengguna di Malaysia, Huawei telah mengumumkan tawaran jaminan waranti selama 2 tahun bagi pembelian telefon pintar Huawei yang terpilih mulai 1 hingga 30 September ini.

Model telefon pintar Huawei yang boleh menikmati jaminan dua tahun waranti ini adalah Siri Huawei Mate 20, Siri Huawei P30, Siri Huawei Nova 4, Siri MediaPad M5 dan Huawei Nova 3i.

Tambahan waranti selama satu tahun ini boleh ditebus melalui aplikasi Huawei HiCare.

Info selanjutnya sila melayari laman web official Huawei Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.