Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9T bakal dilancarkan tidak lama lagi – versi antarabangsa Redmi K20

Xiaomi nampaknya bakal memperkenalkan satu lagi model flagship Mi 9 yang akan dikenali sebagai Mi 9T.

Xiaomi Mi 9T yang telah disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi mungkin merupakan nama antarabangsa bagi Redmi K20 dan terdapat juga kemungkinan Mi 9T Pro juga hadir sebagai versi antarabangsa bagi Redmi K20 Pro.

Redmi K20 dan Redmi K20 Pro yang dilancarkan beberapa hari lalu dipasaran China telah diberikan gelaran flasghip killer 2.0 namun dengan nama Mi 9T, harga penjualan telefon pintar ini mungkin lebih premium.

Antara spesifikasi utama Redmi K20 dan Redmi K20 Pro adalah skrin paparan AMOLED, pemproses Snapdragon 855/Snapdragon 730, kamera 48MP Sony IMX586, kamera selfie pop-up 20MP dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas.

baca laporan pelancaran Redmi K20 dan Redmi K20 Pro yang mempunyai harga penjualan yang sangat kompetitif

Buat masa ini masih tidak dipastikan sama ada telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia dibawah penjenamaan yang mana khususnya kerana Redmi kini sudah mempunyai profil media sosial yang berasingan.

Ikuti laman sosial Redmi Malaysia untuk perkembangan terkini :

Facebook: www.facebook.com/Redmi-Malaysia-653595255056432

Instagram: https://www.instagram.com/redmimy/

Twitter: https://twitter.com/RedmiMalaysia

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCjrb0N7OFDDo-oWhMHA9BAw

TikTok: http://vt.tiktok.com/JArb94/

sumber

ULASAN : Redmi Note 7 – telefon pintar dengan kamera 48MP termurah di Malaysia

 

 

Comments

comments