Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Malaysia tidak akan mengenakan sekatan terhadap Huawei dan akan menggunakan teknologi 5G syarikat ini

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad mengesa AS dan China untuk menyelesaikan masalah mereka dan memberi amaran bahawa kegagalan untuk melakukan rundingan akan menyebabkan konflik ketenteraan.

Mahathir juga mempersoalkan tindakan Washington yang seolah-olah tidak boleh menerima realiti bahawa teknologi yang dimiliki oleh Huawei adalah jauh mengatasi AS.

Mahathir berkata Amerika Syarikat mesti menerima kenyataan bahawa teknologi seperti ini boleh didapati di negara Timur.

Tun Dr. Mahathir berkata bahawa tindakan AS adalah seperti bermaksud jika mereka tidak dihadapan (teknologi komunikasi 5G) mereka akan mengenakan sekatan dan ini bukanlah pertandingan malah berbentuk ugutan.

Walaupun negara seperti Jepun dan Australia telah memperkenalkan langkah untuk mengelak menggunakan peralatan Huawei untuk 5G, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang niat untuk menyekat operasi Huawei di Malaysia.

Tun.Dr Mahathir berkata bahawa kajian yang dilakukan Huawei adalah jauh lebih besar dari apa yang Malaysia mampu dan Malaysia akan cuba menggunakan teknologi ini sebanyak yang mungkin.

Beliau juga tidak khuathir dengan dakwaan tindakan mencurigakan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terbuka.

sumber

Huawei memfailkan kes terhadap kerajaan AS dan menyeru hentikan penyenaraian hitam

Huawei dilarang mengeluarkan cip pemprosesan Kirin selepas ARM menggantung lesen reka bentuk cip

Huawei diberi lesen sementara untuk menggunakan ekosistem Android sehingga 19 Ogos 2019

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.