Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K20 dan Redmi K20 Pro dilancarkan dengan skrin OLED dan kamera 48MP pada harga serendah RM 1,213 sahaja

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship killer “2.0” mereka yang terbaru iaitu Redmi K20 dan Redmi K20 Pro

Redmi K20 dan Redmi K20 Pro berkongsi skrin paparan yang sama iaitu panel skrin OLED berukuran 6.39-inci dengan resolusi FHD+ dan sensor capjari terbina pada skrin.

Redmi K20 hadir dengan Snapdragon 730 yang merupakan telefon pintar kedua untuk hadir pemproses 8nm manakala Redmi K20 Pro pula hadir dengan pemproses Snapdragon 855.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Redmi K20 hadir dengan 6GB RAM dan dua pilihan memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB manakala Redmi K20 Pro pula ditawarkan didalam dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB dengan tiga pilihan memori dalaman iaitu 64GB,128GB dan 256GB.

Bercakap mengenai kamera, Redmi K20 dan Redmi K20 Pro juga memiliki kamera 48MP Sony IMX586, sensor kanta lebar 13MP dan sensor telefoto 8MP. Kamera ini juga membawakan rakaman video gerak perlahan 960fps.

Kamera selfie Redmi K20 dan Redmi K20 Pro adalah unit kamera AI 20MP dengan mekanisma kamera terangkat.

Redmi K20 dan K20 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mana pada K20 terdapat sokongan pantas 18W manakala K20 Pro disertakan dengan pengecasan pantas 27W seperti pada Xiaomi Mi 9.

Redmi K20 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu merah atau biru dengan harga penjualan berikut :

Redmi K20 6GB/64GB – CNY 1,999 (RM 1,213)

Redmi K20 6GB128GB – CNY 2,099 (RM 1,270)

Redmi K20 Pro yang memiliki reka bentuk panel belakang dengan corak api pula hadir dengan harga penjualan seperti berikut :

Redmi K20 Pro 6GB/64GB – CNY 2,499 (RM 1,513)

Redmi K20 Pro 6GB/128GB – CNY 2,599 (RM 1,574$

Redmi K20 Pro 8GB/128GB – CNY 2,799 (RM 1,695)

Redmi K20 Pro 8GB/256GB – CNY 2,999 (RM 1,815).

Buat masa ini masih belum ada maklumat penjualan bagi pasaran antarabangsa.

Comments

comments