Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia 1

Pengeluar peranti audio terkemuka dunia, Jabra kini secara rasminya telah melancarkan beberapa produk dan aksesori audio terbaru ke pasaran tempatan dengan harga penjualan serendah RM 379.

Tiga produk tersebut adalah Jabra Elite Active 45e, Jabra Move Style dan Jabra Elite85h menjadikanya antara produk yang wajib anda miliki.

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia 2

Jabra Elite45h ini hadir dengan teknologi SmartSound yang menyerasikan padanan audio ketika bergerak, bateri yang mampu bertahan sehingga 41 jam dan jaminan kalis air dan habuk IP52 (selama dua tahun).

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia 3

Elite85h ini hadir ke pasaran sebagai produk khas yang mampu menangani masalah pendengaran akibat gangguan pencemaran bunyi yang kian meningkat.

Jabra Elite85h ini hadir dengan 8 mikrofon yang mampu mengecam lebih 6,000 jenis sumber bunyi bising secara efektif.

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia 4

Jabra Elite85h juga hadir dengan sokongan pengaktifan bantuan suara Alexa, Siri ataupun Google Assistant dengan hanya menekan satu butang.

Pengguna juga boleh menetapkan pengalaman audio tersendiri melalui aplikasi Jabra Sound+ yang boleh dibuat turun di Google Play ataupun Apple App Stor.

Jabra Elite85h ini hadir dengan harga penjualan RM 1,349

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia 5

Jabra Move Style Edition

Selain itu, Jabra turut mengumumkan penawaran Jabra Move Style Edition dan Jabra Elite Active 45e yang disasarkan kepada golongan yang aktif dan suka bergaya.

Jabra Move Style Edition adalah versi terbaru headset tanpa wayar yang telah memasuki pasaran sejak tahun 2014 dan versi ini hadir dengan ketahanan bateri sehingga 14 jam.

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia 6

Ianya hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan biru iaitu pada harga penjualan RM 419.

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia 7

Jabra Elite Active 45e

Sesuai dengan namanya, Jabra Elite Active 45e adalah aksesori audio yang sesuai untuk golongan yang aktif bersukan dan ianya turut memiliki pensijilan IP67 untuk tempoh dua tahun yang membolehkan anda melakukan aktiviti sukan lasak didalam apa sahaja keadaan cuaca.

Jabra Memperkenalkan 3 Peranti audio baru di Malaysia 8

Jabra Elite Active 45e ini juga hadir dengan ketahanan bateri sehingga 9 jam dan aksesori tambahan seperti Earhook dan Earwing yang memastikan produk tidak mudah tercabut dan sentiasa kukuh.

Jabra Elite Active 45e hadir dengan harga penjualan RM 379.

Jabra Elite Active 45e, Jabra Move Style dan Jabra Elite85h kini ditawarkan di semua kedai All IT Hypermarket, Harvey Norman dan wakil pengedar sah produk Jabra diseluruh Malaysia.

Anda boleh dapat info lanjut di Jabra Official website

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.