Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 6 Edition 30 dilancarkan dengan 12GB RAM dan 512GB memori dalaman

Ketika pelancaran Asus ZenFone 6 minggu lalu, kami sedikit terkejut apabila Asus hanya melancarkan satu varian ZenFone 6 yang mana jauh terpesong dari strategi syarikat yang menawarkan beberapa varian telefon pintar utama mereka pada generasi sebelum ini.

Walaubagaimanapun kini, Asus telah memperkenalkan satu lagi versi ZenFone 6 di sidang Computex yang sedang berlangsung di Taiwan.

Asus ZenFone 6 Edition 30 telah diperkenalkan dan ianya adalah edisi khas yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-30 Asus dengan 3,000 unit sahaja akan dijual.

Asus ZenFone 6 Edition 30 ini akan turut hadir dengan kelebihan manfaat VIP dan waranti eksklusif selama 30 bulan namun yang paling mencuri tumpuan adalah penawaran 12GB RAM dan 512GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, panel belakang Asus ZenFone 6 ini juga diberikan kemasan yang berlainan dari versi biasa iaitu warna hitam matte dengan ukuran gelung Zen dan logo khas Edition 30.

Selain daripada itu, Asus ZenFone 6 Edition 30 ini mempunyai spesifikasi dalaman yang sama iaitu kamera flip 48MP Sony IMX586 dan sensor lensa lebar 13MP yang mana kedua-dua sensor turut berfungsi sebagai kamera selfie.

12GB RAM Asus ZenFone 6 ini turut dipadankan dengan pemproses Snapdragon 855, bateri berkapasiti 5,000mAh dan skrin paparan tanpa takukan berukuran 6.4-inci.

Buat masa ini harga penjualan Asus ZenFone 6 Edition 30 ini masih belum diumumkan.

https://mobilefokus.com/2019/05/17/asus-zenfone-6-dilancarkan-secara-rasmi-dengan-kamera-flip-48mp13mp-dan-bateri-5000mah/

Anda boleh dapat info lanjut di ASUS Official Website.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.