Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 10x Zoom akan dibuka untuk tempahan 28 Mei ini

Oppo Reno 10x Zoom

Selepas pelancaran Oppo Reno minggu lalu, Oppo akan memperkenalkan satu lagi versi Oppo Reno ke pasaran Malaysia iaitu Oppo Reno edisi 10x Zoom.

Pelancaran rasmi Oppo Reno edisi 10x Zoom ini akan diadakan pada 27 Mei ini dan ianya akan turut dihadiri oleh Neeelofa dan Owen Yap.

Selepas pelancaran rasmi ini, Oppo kini telah memaklumkan bahawa pra-tempahan Oppo Reno 10x Zoom ini akan dibuka pada 28 Mei dan anda akan menerima pakej hadiah percuma bernilai RM 877.

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Setiap pra-tempahan Oppo Reno 10x Zoom ini akan menerima satu pengstabil gimbal telefon pintar bernilai RM 599, waranti  tambahan selama setahun dan waranti perlindungan skrin selama setahun yang bernilai RM 139 setiap satu.

Pra-tempahan Oppo Reno edisi 10x Zoom ini akan dibuka dari 28 Mei sehingga 16 Jun 2019.

Buat masa ini harga penjualan Oppo Reno 10x Zoom ini masih belum diumumkan namun segala maklumat akan didedahkan pada 27 Mei ini.

https://mobilefokus.com/2019/05/16/oppo-reno-dilancarkan-secara-rasmi-di-malaysia-dengan-harga-penjualan-rm-1999/

Dapat Info lanjut di OPPO 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.