Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei dilarang mengeluarkan cip pemprosesan Kirin selepas ARM menggantung lesen reka bentuk cip

Pereka cip pemprosesan ARM telah mengeluarkan satu memo yang memaklumkan kepada pekerja syarikat bahawa hubungan perniagaan dengan Huawei akan digantung berkuatkuasa serta merta.

Tindakan ini menyusul selepas Huawei disenarai hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat yang menyebabkan sebarang hubungan perdagangan antara syarikat AS dan Huawei digantung.

Jika kesan penggantungan lesen daripada Google untuk menggunakan Android masih lagi boleh diterima, tindakan ARM menggantung hubungan perniagaan ini akan mengaktibatka Huawei kehilangan hak untuk mengeluarkan cip pemprosesan mereka yang tersendiri.

Walaupun ARM berpangkalan di United Kingdom dan dimiliki oleh kumpulan SoftBank yang berasl dari Jepun, Memo dalaman ARM mendedahkan bahawa terdapat reka bentuk cip yang mempunyai teknologi dari AS dan ARM turut membangungkan beberapa reka bentuk pemproses di Austin, Texas dan San Jose, California.

Penggantungan ini akan mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk kerana Huawei mengeluarkan cip pemprosesan Kirin dengan berdasarkan reka bentuk cip ARM dan membayar untuk lesen tersebut.

Tanpa lesen ini, Huawei kini kehilangan hak untuk mengeluarkan cip pemprosesan yang berasaskan reka bentuk cip ARM.

Dalam satu kenyataan daripada ARM, syarikat itu mengikut arahan daripada kerajaan AS dan sedang melakukan perbincangan dengan agensi kerajaan AS yang berkaitan untuk memastikan mereka tidak melanggar sebarang peraturan.

ARM juga berkata bahawa hubungan perdangangan dengan Huawei adalah sesuatu yang penting bagi ARM dan berharap satu penyelesaian yang baik akan dibuat didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.